ALAT- ALAT MUZIK
PENGENALAN
Muzik
ialah bunyi yang diterima oleh individu
dan berbeza bergantung kepada sejarah, lokasi, budaya dan citarasa seseorang.
Definisi sebenar muzik juga berbeza:
- Bunyi yang dikira sedap oleh pendengarnya
- Apa apa bunyi yang dihasilkan secara sengaja oleh seseorang atau kumpulan
Walaupun
muzik adalah sejenis fenomena intuisi, untuk mencipta, memperbaiki dan
mempersembahkannya adalah suatu seni. Mendengar muzik pula adalah sejenis
hiburan manakala mempelajari dan memahaminya adalah sejenis bidang/disiplin. Muzik
adalah sebuah fenomena yang sangat unik. Ian boleh dibunyikan dengan beberapa
gabungan alat muzik.
Sitar
KANJIRA
Kanjira
termasuk dalam keluarga tamborin. Alat ini mempunyai bentuk yang
seakan-akan sama dengan alat tamborin barat yang terdiri daripada rangka
bulat diperbuat daripada kayu pokok nangka sepanjang kira-kira 7 hingga
9 inci diameternya dengan kedalaman 2 hingga 4 inci dalamnya. Juga
berfungsi seakan-akan alat muzik kompang atau tar disesetengah tempat .
CHENDA

Merupakan alat perkusi berbentuk silinder yang juga dipanggil chende. Alat muzik ini digunakan dalam aktiviti kesenian dan keagamaan di negeri Kerala. Alat muzik ini dipersembahkan dengan iringan alat-alat muzik lain seperti Khatali, Koodiyattam dalam bentuk tarian dan aktiviti-aktiviti pemujaan di negeri Kerala. Chenda digantung pada pemain gendang supaya ia tergantung tegak dengan bahagian atas gendang yang dibaluti kulit itu. Pemain menggunakan 2 kayu pemukul untuk memukul bahagian atas gendang tersebut. Chenda terbahagi kepada 3 jenis iaitu: Uruttu Chenda (untuk bermain pelbagai variasi), Veeku Chenda (untuk memainkan irama asas) dan Acchan Chenda.
VENU

Alat muzik ini diperbuat daripada buluh dan merupakan salah satu daripada alat muzik yang tertua di India. Untuk memainkan alat muzik ini, jari ke dua-dua tangan digunakan untuk menutup dan membuka lubang pada venu. Venu ini boleh didapati dalam pelbagai saiz. Venu berkait rapat dengan Tuhan Hindu Krishna yang selalu digambarkan sedang memainkan alat ini dibibirnya. Alat muzik venu ini boleh menghasilkan bunyi dua setengah oktaf yang bersifat monofoni seperti suara manusia. Dalam memainkan alat muzik ini, jari amat berperanan penting dalam menutup dan membuka lubang agar menghasilkan bunyi yang menarik dan penting dalam persembahan berdasarkan muzik raga.
NADASWARAM

Nadaswaram merupakan alat muzik klasik yang terkenal di selatan India. Alat muzik ini tergolong dalam keluarga erofon atau tiupan bukan loyang yang mempunyai bunyi terkuat didunia. Alat muzik ini mempunyai persamaan dengan alat tiupan Shehnai yang terdapat di utara India tetapi memiliki saiz yang lebih besar dengan badannya diperbuat daripada kayu teguh dan loceng yang besar. Alat ini juga ada yang diperbuat daripada kayu atau logam, mempunyai tujuh lubang pada badannya, dan lima lubang yang terdapat pada bahagian bawahnya yang dianggap sebagai lubang pengawal bunyi.
SARASWATI VEENA

No comments:
Post a Comment