Tarian
JENIS -JENIS TARIAN MASYARAKAT INDIA:
Negara Malaysia turut menawarkan seni tari India yang
tidak kurang hebatnya dengan tarian India yang terdapat di negara
asalnya.Seni tari India turut memaparkan gaya persembahan yang
tersendiri yang menggabungkan elemen-elemen klasik, kemanusian dan
kepercayaan mereka.
TARIAN BHARATA NATYAM
- Tarian Bharata Natyam merupakan salah satu gaya tarian klasik India. Tarian klasik Bharata Natyam merupakan salah satu tarian yang penuh dengan tradisi, yang mana untuk menguasainya perlu mengambil masa bertahun-tahun kerana terdapat pelbagai gerakan tangan, kaki dan mata yang harus dipelajari demi untuk mempersembahkan tarian warisan lama yang dihormati ini secara lengkap, penuh dengan kegemilangan.
- Tarian ini berasal daripada wilayah Tamil Naidu di bahagian Selatan India. Secara tradisionalnya, tarian ini di persembahkan secara solo oleh seorang penari wanita.
TARIAN BHANGRA
Bhangra adalah merupakan suatu bentuk tarian yang mana ianya untuk
meraikan penglibatan dan kejayaan dalam tuaian yang baik dan berasal
daripada wilayah Punjab di India.
• Setiap pergerakan di dalam tarian ini membawa maksud yang
tersendiri dalam usaha untuk memaparkan suatu pergerakan yang artistik.
Penari bagi tarian ini yang biasanya terdiri daripada kalangan lelaki
dan wanita akan mengenakan pakaian yang pelbagai serta berwarna cerah.
TARIAN KHATAK
• Tarian Kathak merupakan salah satu tarian klasikal India yang
berasal dari utara India. Perkataan Kathak berasal dari perkataan india
iaitu katha yang bermaksud “seni bercerita”. Dari sifat asalnya yang
merupakan ekspresi menghambakan diri kepada dewa-dewa Hindu.
• Pada kurun ke-11 dan 12, diwaktu pemerintahan era mogul di India
persembahan tarian Kathak telah berpindah dari kuil ke istana-istana
Mogul. Seni tarian Kathak ketika itu juga telah dicampuri tarian budaya
Turki dan Parsi.
No comments:
Post a Comment